Thursday 26 April 2012

MaKa...BeGiTuLaH HiDuP.....

MaKa....BeGiTuLaH HiDuP....

Bismillahirahmanirahim...

Aku percaya dalam dunia ni..tiada siapa mahu disakiti..dihina..dikeji dan macam2 lagi.
Frankly speaking..aku seorang yang kuat menangis..hati aku sangat fragile..sepanjang aku hidup..aku menghadapi terlalu banyak kesusahan, kegagalan..kata2 hinaan..cacian...namun aku cuba untuk tabah...tapi siapalah aku untuk melawan takdir bukan???

Seandainya segala dugaan itu hanya boleh dihadapi semudahnya..sekiranya setiap cacian itu hanya boleh diubati dengan membiarkan saja..aku dah lama buat..tp untuk sekali ..2kali..3 kali.malah berkali2..siapalah aku untuk bersabar...kesabaran aku ada batas nya jugak.

Namun percayalah... aku..di alam realiti..aku hanya mengambil sikap berdiam diri..cuba untuk tabah seorang diri...dilahirkan didalam masyarakat yang suka mencaci, mengumpat, menfitnah dan masyarakat yg penuh dgn hasad dengki...demi Tuhan mengajar aku banyak erti hidup..namun itulah..dugaan itu menjadikan aku manusia.

Aku pernah mengalami kegagalan..kesusahan..dimana seperti aku jatuh..ditimpa tangga..ditimpa bangunan pula...pernah merasa senang dan pernah merasa kemuncak kesusahan..namun aku percaya..itulah kehidupan..

Betapa..setiap pagi aku bangun aku mengharapkan mendapat hari yang ceria..betapa aku mengharapkan umi, abah atau adik2 tidak mengkhabarkan berita yang boleh membuat aku sedih..betapa setiapkali aku berdoa..jika ada yang membenci diriku..janganlah ia mengajak orang lain untuk membenci aku..betapa aku berharap..setiapkali aku buka fb..aku tidak mendapat komen  yang membuat aku terluka..jugak betapa setiapkali aku menulis status d wall fesbok..aku tidak menerima respon dari anon yang boleh membuat hati aku bagai di siat2...kalaulah semudah itu harapan aku..bahagianya hidupku..namun kesakitan itulah mengajar aku untuk menghargai hidup ini..

Namun..jauh disudut hati..aku bersyukur kerana Allah masih merahmati hidupku..memberi aku peluang untuk merasa bahagia..

walau dicaci..dihina..dimaki..namun aku bersyukur..

aku ada umi dan abah yang amat menyayangiku..mengasihaniku, menjaga makan minum pakaiku..dan mendidikku..

aku ada adik2 yang sentiasa menghormati aku sebagai kakak..mendengar nasihatku dan pandanganku..

aku ada dia yang amat menyayangi dan mencintai aku..mengambil berat dan mengasihani aku seikhlasnya..

aku ada rakan baik yang ada ketika aku susah..menangis dan ketawa bersamaku..

aku ada kawan2 yang sentiasa memberi peransang dan kata2 semangat kepadaku..

aku ada kawan2 faceb0ok yang sentiasa memberi aku ruang untuk meluahkan pendapat..mendengar isi hatiku..dan sentiasa mengambil berat tentangku walaupon kadang2..aku terlepas pandang untuk menegur dan mengucapkan terima kasih..namun itulah..aku bersyukur dan demi Tuhan aku amat menyayangi mereka..siapapon anda..anda berada dalam doa saya:)


aku bersyukur ALL AH memberikan aku anugerah yang tidak ternilai oleh wang ringgit dan apa jua..

aku bersyukur dikurniakan dikurniakan akal fikiran yang tidak gila, ising, tiga suku atau sewel..

sekurang2 nya aku boleh berfikir, belajar, jawab exam dan dapat masuk universiti..

aku bersyukur dikurniakan rupa paras yang cukup lengkap, tidak cacat, buta, senget atau berlubang2..

sekurang2 nya orang masih dapat membezakan itu muka doreamon..dan itu muka aku..

Nah..sesungguhnya semua itu mengajar untuk aku bersyukur..kalau aku tidak reti lg nk bersyukur..bermakna aku dah tak betul atau gila, dan korang jangan teragak agak nak hantar aku kat hospital Bahagia ye..:D

P/s: aku tidak mahu diminati, dipuji, digilai atau dipuja bagai..aku hanya mahu DIHARGAI..

P/s/s: se0rang sahabat baik ialah sese0rang yang dapat menerima kelebihan dan kekurangan yang kita miliki...bukannya mereka yg hanya tahu mencari salah silap dan kekurangan kita...dan se0rang sahabat yang baik juga ialah se0rang yg senang melihat kita bahagia dan turut merasa sedih apabila melihat kita susah...dan apabila sese0rg itu sakit hati apabila melihat kita bahagia atau cemburu dgn kelebihan yg kita miliki..adakah itu digelar sahabat...??? namun...pd sahabat yg sentiasa bsama aku tika dan saat ini...juz want t0 say this.. aku amat menyayangi dan mengkaguminya kalian...Thanks for the spirit syg...

No comments:

Post a Comment